Ini dia...suatu masa dahulu, ada orang buat bahulu. Ewah, berpantun pula saya ini. Lama kan saya tidak buat komik yang serius. Saya dah janjikan komik yang tidak sempoi, dan inilah dia!! Sekuel pada Hikayat Kung fu Izati. Ini hasil kerja come back saya, maka saya memang minta pengunjung datang dan berikan komen yang baik dan membina...Nanti bolehah saya baiki mana yang patut. Kisahnya memang 100% fiksyen, namun ada bersandarkan sejarah... Dan sejarah buat saya...untuk melukis komik paling panjang...(baru bahagian pertama sahaja!!!) Nah, rasakan impak comeback saya ini!
PutRA Al-Kahfi
bukan sekadar isu peribadi
03 June 2012
31 May 2012
Tatkala Zizularts mengajar sejarah
Assalamualaikum, semua pembaca yang saya doakan terpelihara iman dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Untuk menutup tirai bulan Mei, maka saya nukilkan kisah sendiri dan cuba muhasabah kembali daripada kisah tersebut. Kawan-kawan alam maya yang melayari Facebook pasti tahu saya dah bertugas menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, atau singkatannya SMKAP di Kuantan.
17 May 2012
PROMOSI buku: LEDAKAN FACEBOOK ANTARA DOSA DAN PAHALA
PETIKAN KATA PENDAHULUAN OLEH PENULIS:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad pesuruh Allah, juga doa buat seluruh sahabat beliau dan generasi yang menuruti petunjuknya sehingga hari kiamat.
Buku ini mengajak pembaca dan khususnya pengguna laman sosial paling berpengaruh di dunia iaitu Facebook bagi mengaudit dan muhasabah tatacara penggunaannya.

12 May 2012
Komik Sempoi 3: Zizularts (Mad'uu)
Saya pernah guna alasan ni dulu pada putra-alkahfi, tatkala saya jenis mengelat tak bawa duit untuk bayar makanan (kadang-kadang). Apa pun, naqib kena sabar banyak-banyak...Komik ini memang untuk orang yang ikut usrah sahaja yang faham. Mereka yang di luar lingkaran ni, bolehlah tanya pada orang yang arif.
05 May 2012
Ulasan Filem The Avengers (dalam Bahasa Melayu)
Captain, kita pergi pekena teh tarik dulu, naa?
Bahasa Melayu dalam Iklan! Mari kita berusaha!
Dalam gambar yang saya ambil di hadapan Pusat Komputer 0101 (di bahagian belakang Sompo Megamall, Kuantan), anda nampak iklan Avira? Iklan Bahasa Melayu!!
Kemudian timbul berita GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) digesa supaya memperbanyak iklan mereka dalam Bahasa Melayu. Namun jangan pula kita lihat nanti iklan arak Heineken, Guinness dalam Bahasa Melayu berleluasa sewenangnya. Realiti yang menyedihkan, iklan minuman keras memang meluas di Sabah.
Apa pun, daulatkan Bahasa Melayu, giatkan penggunaannya. Jika sebaliknya, malulah kita pada peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang datang dari Jepun, Korea, Rusia, dan negara lain...

01 May 2012
Komik Sempoi 2 : ZIZULArts
Maka sekali lagi, zizularts telah menghasilkan komik strip yang cincai bukan main!! Semua ini adalah bersebab. Dahulu, jika mahu meletakkan teks dan belon dialog, saya gunakan Microsoft Publisher 2007. Kemudian, saya mengambil langkah bereksperimen dengan software Comic Life. Dan zizularts merendah diri untuk mengajak anda meluangkan masa membacanya. Sekejap sahaja...
27 April 2012
KOmik Niaga Edisi 8
Edisi 8 Komik Niaga sudah terbit! Kali ini Edisi 8 memperkenalkan kisah jutawan animasi dan penerbit siri Upin dan Ipin. Dan disertakan tip niaga daripada Tuan Haji Burhanuddin sendiri. Apa lagi? Ya, ada komik saya yang cenonet tu...dan komik pelukis lain: Amna, Aminlandak, Artzam...dan ada tulisan Nik Wafdi, kartunis veteran.
Dan sekali lagi, edisi ini juga boleh dimuat turun dengan percuma!
Subscribe to:
Posts (Atom)