27 October 2008

keluarga SAKINAH bukan PUNAH WARANAH....



Setiap insan yang akan bergelar suami atau isteri pasti mengimpikan keluarga yang bahagia, harmoni dan ada cahaya sakinah(ketenangan) dalam keluarga. Ini fitrah!!! Nak lihat kejayaan seseorang itu bergantung pada kebahagiaan keluarganya. Banyak pengalaman yang saya lihat dan temui untuk kita ambil iktibar antaranya mengajak anak2 keluar berkaraoke di bulan ramadhan, isteri bercinta dengan lelaki lain ketika suami keluar bekerja, menipu suami/isteri dan banyak lagi….

Sahabat2 sekalian, banyak keluarga yang musnah bukan kerana cinta yang sudah terpadam tapi hati mereka sudah malap dari cahaya Ilahi. Hati yang sudah tidak takutkan Allah, apatah lagi hokum yang tidak lagi menjadi benteng. Keluarga yang sakinah akan datang dari Allah sekiranya keluarga itu mengerjakan perintah Allah seperti mengerjakan solat sehari semalam, tahu tanggungjawab sebagai seorang suami memberi nafkah zahir mahupun batin, tanggungjawab isteri menunaikan hak suami, menjaga maruah masing2, ini tidak! semua perlu buka pekung di dada…apa nak jadi? Adakah mereka tidak bersedia? Sedangkan sebelumnya bagai nak rak berkahwin. Kalau sebelumnya berpegang tak nak lepas, dari kedai tutup sampai pasar buka duduk berkepit lagi, inilah jika awal2 perkahwinan bukan atas dasar kerana Allah juga bukan kerana membentuk keluarga yang benar2 akan menjadikan kita lebih dekat pada Allah.

Berbalik pada cerita mengajak anak berkaraoke d bulan ramadhan, sungguh sedih saya melihat keluarga ini. Bukankah pada waktu itu paling afdal menghidupkan malam2 terakhir ramadhan. Ini tidak bukan mengajak anak sahaja, tapi termasuk boyfriend2 anak dorang pun di ajak, berpegang tangan dengan nafsu serakahnya. Tidak menghormati bulan ramadhan satu hal, bahkan membiarkan anak2 melakukan maksiat macam melihat kanak2 bermain yang belum baligh, pakaian apatah lagi. Mengajak kepada yang mungkar, mungkin anak kita yang akan menempahkan tiket untuk kita ke neraka..naudzubillah…

Firman Allah s.w.t.
يِِأيهاالذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا
“Wahai mereka yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kamu daripada api neraka” (Surah At-Tahrim: 6)

Berhubung pendidikan anak2, Nabi Muhammad mementingkan pendidikan yang berasakan akhlak dan adab yang mulia. Demi mencapai matlamat ini, seseorang ayah perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak2nya. Seorang ibu/ayah lebih suka dikatakan ‘sporting’ kerana membiarkan anak2 perempuan berpeleseran tanpa menghiraukan maruah dan nilai haraga diri seorang anak perempuannya, inilah punca anak luar nikah, virus gejala so-sial yang kian parah, manusia tidak lagi ada peradaban, malu dah hilang……

Seorang ayah atau ibu perlu mengajar anaknya ilmu tauhid, kewujudan Allah sejak kecil. Mengajar anak bersolat, menghidupkan rumah dengan melantunkan ayat2 Allah, lebih menjiwai anak2 remaja(supaya lbh close), memberikan sokongan dalam akademik, mentarbiyah anak2 supaya istiqamah dalam agama dan menegakkan syiar Allah dalam diri dan muka bumi, mencintai/mencari ilmu2 lain, rehlah dan mengimarah rumah2 Allah, mencari majlis2 ilmu
….
Jika anak2 tidak mampu menegakkan tiang agama dalam diri! Siapa yang akan menyembahyangkan jenazah ibu bapanya? mendoakan ibu bapanya apatah lagi? Dari mana lagi amalan yang boleh sampai bila dah tiada? Anak2 sepatutnya jadi emas yang paling bernilai, dijual dapat wang dipakai pun cantik. bukan batu2 yang tiada harga disimpan pun tak boleh nak buat apa….
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
ما نخل والدا من نخل أفضل من أدب حسن
“Tidak ada pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada adab yang mulia”(Hadis Riwayat Tirmidzi












STRATEGI ARMEGEDON...

Kesan daripada strategi dapat dilihat dari segi keluhan siswazah sains sukar mendapatkan pekerjaan. Apa sudah jadi dengan jurutera2 dan saintis terutama jurutera IT pada masa hadapan?

Beberapa tahun lepas banyak kilang elektronik d Malaysia telah tutup seperti syarikat gergasi dunia seperti GE, Hewlet Packard, Siemen, Sony, Nokia kerana telah berpindah ke China dan India, selain daripada kos pekerja yang murah dan mengunakan berpuluh ribu pengatur cara dari India. Mendaftar syarikat perniagaan di negara maju seperti UK, Jerman, AS, dan Jepuan tetapi operasi sebenar dibuat di China, India, Brazil, Rusia, Mesir, Hunagry mengikut tenaga kepakaran. Misalnya, perisian computer terdapat di India, Mesir, Brazil; khidmat perakaunan terdapat di Filipina, seni bina(arkitek) terdapat di Hungary. Oleh itu, sebarang pekerjaan yang boleh dibuat secara cekap dengan upah yang rendah akan berpindah tempat dalam suasana ekonomi sekarang. Sebenarnya ini memberi impak kepada negara2 maju dan Malaysia sendiri iatu kepada tenaga mahir yang tiada pekerjaan.

Mengikut Forrester Research, sekurang2 nya 3.3 juta pekerjaan kolar putih di AS dengan gaji AS 136 billion akan berpindah ke China, India dan Rusia sehingga tahun 2015. UK pula akan kehilangan 25 ribu pekerja IT dan lebih 30 ribu jawatan kewangan ke negara luar dalam beberapa tahun akan datang. Gaji saintis dan jurutera di Malaysia lebih tinggi, mungkin kita kan mengalami nasib yang sama. Pengganguran tenaga mahir juga semakin bertambah.

Peranan paling utama untuma mengurangkan pengangguran ada 2 mekanisme yang boleh kita guna pakai. Yang pertama system pendidikan memainkan peranan penting kerana terlalu menekankan pemahaman dan pengingatan mengambil enteng soal kreatif dan aktif. Dan minda sebahagian siswazah yang suka bekerja makan gaji takde yang nak jadi intrepeneur, intrapreneur atau technopreneur yang mana peluang ini dalah lebih besar gajinya bahkan boleh memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan berkembang dengan pantas jika pandai mengolahnya…fikir2kan…
(Fakta dirujuk dari Majalah Kosmik)



siasah DAN islam

Siasah dan Islam

“Aku berani menegaskan dengan terus terang bahawa seorang Islam tidak akan sempurna keislamannya melainkan ia adalah seorang yang mempunyai kesedaran politik, memandang berat terhadap umat Islam, memberi perhatian keadaannya dan ghairah dengannya. Aku berani berkata: Pemisahan dan batasan ini tidak di akui oleh Islam. Setiap jemaah Islam hendaklah meletakan program utamanya dengan memberi perhatian kepada urusan politik umat Islam. Jika tidak, jemaah tersebut memerlukan pemahaman makna Islam”. Ini adalah kata2 yang di ungkapkan oleh Imam Hassan Al-Banna ketika Muktamar Talabah al-Ikhwan al-Muslimin…..

Sebenarnya masih ramai lagi tidak ada kesedaran tentang politik dalam Islam, bahkan menolaknya mentah2. Saya membahaskan topik ini bukanlah hidup ini politik semata tapi untuk menyedarkan kesedaran politik adalah salah satu juzuk dalam Islam. Benarlah reality yang menyatakan: “Tiada kebaikan pada agama yang tiada politik di dalamnya dan tiada kebaikan pada politik yang tiada agama di dalamnya”. Sebaliknya ia adalah politik kafir yang ditolak. Islam datang dengan siasah untuk membahagiakan manusia di dunia dan di akhirat, siasah yang memelihara semua kebajikan mereka. Ketika orang2 Islam mensiasahkan diri mereka dan orang lain dengan siasah ini mereka akan bahagia dan membahagiakan orang yang berada di bawah mereka, mereka akan hidup dalam keamanan sementara nyawa, harta dan kehormatan mereka akan selamat. Kebanyakan orang masih tidak terkesan dengan politik luar akan memberikan kesan kepada alam sekeliling. Jangan Tanya kenapa kita akan kembali dijajah kerana kita tidak lagi mahu lagi terlibat dalam politik, kita mahu orang lain yang mengurusnya kerana KITA TELAH MEMISAHKAN ANTARA ISLAM DAN POLITIK….akibatnya, kita terpaksa menumpang, hidup berharap belas kasih penjajah, makan minum dicatu, rumah tidak beratap, kasih tidak lagi berpadu ini kerana kita tidak mahu mengambil tahu urusan ummah…

HUKUM minyak wangi beralkohol?



Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji2an dan kayu kayan. Alcohol yang dihasilkan daripada biji2an ini yang dinamakan sebagai “Alcohol Etil” atau “thanol”. Sementara alcohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai “Methyl” atau Metanol. Alcohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain yang digunakan untuk minuman, bahan baker yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat2an.
Alcohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alcohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alcohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alcohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya’rawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam Tujib.