26 October 2009

Circle, family,etcetera-etcetera

(macam biasa, klik kat komik dulu)

Kek marble, kek coklat bahan awalnya hampir serupa. Butter cup, gula, tepung sama digunakan. Perbezaannya kek coklat perlukan serbuk koko dan marble pula perlukan pewarna. Lagi ketara, RASANYA.

Manusia dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari nuthfah, kemudian ‘alaqah, kemudian mudhghah...semua manusia melalui proses yang sama kemudian lahir di muka bumi dicetak oleh tangan yang berbeza. (Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaskud “Manusia itu dilahirkan fitrah, ibu bapanyalah yang membentuknya Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.”

Aku dan kau yang sedang membaca mungkin membesar dengan apa yang kita faham. Dengan kefahaman, pengalaman juga mejadikan kita matang.

Tapi adakah jalan yang kita lalui jalan yang betul? Kompas mana kita pakai? Peta mana kita nak ikut? Cukup ke keperluan kita? Apakah radar kita?. Nak gi travel, semuanya kena fikir. Inikan pula perjalanan tiada penghujung.

Kita kadang2 menjadi tertipu dengan usia, kononnya makin lama hidup makin matang, dan makin betul cara kita. Sehinggakan cara hidup yang jahil terbawa-bawa sampai mati. Kita tak macam resmi kurma, durian. Bila jatuh sesuai sangatlah makan. Manusia tak semua macam tu. Ada yang makin dekat dengan kubur, makin dekat pergi clubbing. Semakin lemah fiskalnya tapi semakin kuat nafsunya.

Kita tak lain tak bukan perlukan TARBIAH. Pendidikan ini membentuk, mencorak dan mengembalikan kita dalam keadaan fitrah sampai akhir hayat. Fitrah Islam, Cara hidup Islam. Untuk apa tarbiah ini?? Tak lain tak bukan satu proses menyediakan manusia ubudiyah kepada Allah, peribadi baik/soleh, dan mampu urus peranannya dunia akhirat, InshaAllah...

Atas nama tarbiah inilah dinamakan pelbagai nama yang sewaktu dengannya seperti usrah, halaqah, circle dan lain2. Bukanlah bila mana kita join usrah, halaqah ini, kita mesti tunduk berjalan sampai terlanggar tiang, mesti berkopiah, mesti bertudung labuh..sama sekali tidak!

Ia hanyalah satu proses memanusiakan manusia, satu proses meningkatkan individu secara terancang setingkat demi setingkat berdasarkan matlamat2 tertentu.senang cerita, satu proses untuk kita kenal siapa kita, dari mana kita dan kemana kita.

Disini lah medan kita untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik, dari tidak bertudung kepada bertudung, dulunya banyak membazir kepada banyak sedekah, pemakaian makin sopan dan lain2. Perubahan ini bukan orang lain paksa, tapi TANGAN KAMU yang mengubahnya sendiri.

Pengalaman juga mengajar, tak perlu kita nak paksa-paksa orang lain berubah, ikut sahaja silibus Rasulullah pakai 1400 tahun dulu. Rasulullah kenalkan siapa Allah(mantapkan akidah), kenalkan syurga dan neraka. Ikut uslub Al-Quran, Al-Quran tidak diturunkan sekaligus supaya wahyu dapat dihadam, difahami dan mengamalkannya. Manusia kini pun sama, tak perlu berkeras, takut rapuh hatinya. Manusia lebih jatuh cinta pada kelembutan dan perhatian.

Usrah bukanlah proses menerima bulat2 apa yang disampaikan, mengganguk dan menjadikan kita mengantuk. Ia adalah proses diskusi ilmu, kita perlu bertanya jika tak faham, ia memerlukan KEFAHAMAN. Dengan kefahaman jugalah menjadikan kita tahu sejauh mana peta dan kompas yang kita guna menunjuk pada arah yang betul.

Rasulullah s.a.w. juga menyampaikan ilmu di rumah sahabat, dan menjadi tradisi pun sahabat2 berkumpul bersama Rasulullah, bersoal jawab. Kenapa tidak, kita yang banyak dosa dan kurang ilmu ini menghadiri perkara2 sebegini, untuk tambah ilmu kita untuk disampaikan pada anak2, mungkin masyarakat pada satu masa nanti, meningkatkan ukhwah/persaudaraan kita, amalan kita tidak lompang, jiwa kita makin kental, masa kita makin terurus, mematangkan kita, lebih banyak fikir untuk masa kemudian, hidup bermatlamat dan kurangkan dosa2 kita,di samping menambahkan pahala.

Saya tak kata, ini satu2nya jalan ke syurga but one of the ways untuk kita perbetul diri.

Biasalah, awal-awal join usrah selalu on-off, tiba-tiba jadi sibuk dan jadi penyibuk untuk lari dari usrah. Situasi ini normal untuk mereka yang masih belum jelas akan matlamat. Perubahan tidak boleh terlampau cepat, setingkat demi setingkat.

Begitu juga Eri, dia perlukan satu ‘energy’ yang boleh di cas setiap masa, kerana dengan aktiviti sebegini meguatkan lagi semangat, ukhwah dan ilmu untuk dia berubah. Jangan pandang luaran, tapi kesan dalaman bila berubah. Lihat sahaja Saidina Umar Al-Khattab, dahulunya sebelum peluk Islam kuat menentang ajaran yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. tetapi setelah peluk Islam, kehebatannya dan sumbangannya dalam memperjuangkan Islam sukar ditandingi.

Allah sama sekali tidak berhajat kepada hambaNYA tapi sedarlah diri skit, kita yang memerlukan Allah. Tarbiah sedikit sebanyak mengenal signifikan hidup pada Khalifah.


Komik:zizul arts

Teks: daniel_haikal

18 October 2009

Life GoEs ON


(sila klik komik untuk baca, kena baca dulu!)

Su tertekan dengan keadaan sekeliling yang susah nak terima bahawa dia dah berubah. Jangan tertekan dah dapat hidayah patutnya kita gembira dan senyum, bergaullah dengan mereka dan ugrade ilmu. Dakwah bukan terus lari tanpa merangkak.

Macam mana nak selesaikan masalah dia, bro?

Acap kali yang nak bawa perubahan pasti ada tentangan. Reformasi , Revolusi, Transformasi, Perubahan dan perkataan yang sewaktu dengannya adalah sesuatu yang sukar diterima lagi-lagi di telinga-telinga yang rakus berkuasa....tak semua boleh terima perubahan.

Contoh, sewaktu dulu pernah terdengar cadangan kenaikan pangkat akan dinilai melalui solat lima waktu. Ramai yang tak boleh terima kerana pelbagai masalah yang akan timbul. Masalah yang utama sebenarnya adalah ‘perubahan diri seseorang yang tak solat kepada terpaksa solat’....

Berdasarkan masalah Su dalam komik di atas adalah tentangan dari keluarganya kerana perubahan yang tak baik kepada baik. Walaupun masalah ni nampak ‘small the pieces’ tapi ia merupakan juzuk yang besar terutama dalam keluarga yang cetek agama, rendah akalnya. saya tak kata golongan ini bodoh mahupun jahil, yang saya cuma nak bagitahu ISLAM adalah FITRAH, jadi kena fikir panjang apa yang Islam suruh buat(Islam is not restrictive but expansive)...

Bukan senang Rasulullah s.a.w. nak buat perubahan:

Dari masyarakat menyembah batu berhala kepada Allah yang tak dapat dilihat,

Dari Tuhan yang banyak kepada Tuhan Yang Satu,

Dari masyarakat menghina wanita kepada mengangkat martabat wanita,

Dari masyarakat yang hidup asabiyah kepada masyarakat 1 ummah,

Dari masyarakat yang hamba kepada Tuan kepada hamba kepada Tuhan!

Metaforanya hampir sama cuma lagunya sedikit berubah rentak. Dahulunya masyarakat kafir Quraisy tapi keluraga Su adalah Islam. Macam Islam menentang sesama Islam, tapi tidak. Bezanya adalah ilmu dan kefahaman. Islam bukan agama paksaan tapi fitrah yang disuntik oleh tarbiah. Rasulullah bukan sekadar bagitahu tapi Rasulullah mentarbiah para sahabat di rumah Al Arqam bin Abi Al-Arqam.

Kebetulan saya belajar di bumi Sabah, kebanyakan ceritanya begitu. Keluarga mereka tak solat, tak baca Quran dan mengamalkan ajaran Islam. Bagi mereka Islam cekup-cekup saja, macam ambil lauk, nak makan ambil, tak nak makan biar. Islam bukan ambil separuh tinggal separuh ikut SELERA.

So, macam mana nak buat dengan keluarga macam ni?

Bayi tak terus berjalan tanpa bertatih. Macam itu juga dakwah tak terus pecut tanpa merangkak. ‘Step by step’ kata orang putih. Perubahan dalam diri penting tapi nak ubah suasana perlukan sedikit masa. Ambil ruang, slow talk dan explain kenapa kita buat keputusan untuk berubah. Fasa ini anda hanya menjawab persoalan dan terangkan. Adapun terjemahan perubahan anda dari solat dan amalan sunat yang lain bisa saja diteruskan!

Yang dulunya bangun tidur masa matahari tegak kat kepala tapi sekarang bangun sebelum matahari timbul, kalau dulu banyak masa main game dan tonton TV tapi sekarang banyak bantu emak di dapur, jika dulu teruk akademiknya tapi sekarang cemerlang keputusannya, jika dulu suka membazir tapi sekarang berjimat segan meminta, jika dulu kena tunggu arahan baru buat tapi sekarang sebelum buka mulut semua dah settle.

Sedangkan besi yang keras dapat dilembutkan Nabi Daud. Ini kan pula hati manusia, Allah yang pegang, takde yang mustahil. Masa ini sedikit demi sedikit kelurga pasti terasa kocakkan air yang dulunya nampak tenang, ada tsunami telah berlaku tapi semua itu bukan untuk runtuhkan, putuskan, mahupun menjauhkan tapi nak lebih mengharmonikan ikatan kekeluargan.

Masa inilah kia nak masukkan benang dalam jarum, bila dah masuk kait benang tadi baik-baik. Sedikit demi sedikit kita terangkan tentang Islam. Mereka pun nak berubah, tapi buka taklid buta sebab Islam pun tak menuyuruh umatnya bertaklid buta sepanjang masa. Apapun kena bagi faham dulu, bukan terus terjah ini halal dan ini haram!!!

Buat Su, itu adalah mehnah dan tribulasi bagi orang nak buat perubahan. Jangan berhenti di tengah jalan kerana anda sudah dapat Hidayah Allah, hadiah dari Allah. Hadiah yang boleh dibawa ke syurga yang Europe,US dollar mahupun dinar tak mampu nak tebus. Maka sinarilah hidayah dengan ilmu. Hidup mesti diteruskan!!!

Komik:Zizul arts

Teks:putra_alkahfi

PrOgraM RAya berSaMa KRIM JOHOR