








“Aku minta maaf bukan kerana kesalahanku, tapi kerana kebodohanku, sekarang baru aku mengerti antara CINTA dan KEINGINAN untuk MEMILIKI, TIDAK SAMA.” Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Maria kepada Fakhri dan Aisyah dalam filem Ayat-Ayat Cinta.
Ramai antara kita keliru antara keinginanuntuk memiliki atau cinta. Itu kata kunci topic cinta kita kali ini.
Contohnya, Kita menginginkan rumah banglo yang besar, kereta BMW 7-series, handset yang canggih, makan yang enak-enak. Kita mampu memilikinya tapi kita tak mampu nak mencintai. Kenapa? Sebab benda itu bukan makhluk yang bernyawa maka mereka tak mampu nak balas kasih sayang tuannya.
Orang bercinta mesti ada give and take. Ada yang bagi dan ada yang menerima. Kalau tak, bercinta hanya bertepuk sebelah tangan, nyanyi tak berlagu, bulan tak berbintang, itulah namanya cinta tak berbalas. Kesian….
Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “Mencintai seseorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai kamu adalah berbahaya”..fikirkan cinta siapa yang kita sia-siakan??
Adakah duit, muka yang handsome, pangkat yang dimilki mampu membalas cinta kita?? Kita hanya ingin memilki itu dan ini tapi bukan cinta yang ada di hati pada tuannya. Cinta yang ada di hati bukan nafsu yang berbicara tapi iman di dalam dada.
Pisang emas pisang berangan,
Buahnya cantik tidak berdahan,
Kasih bukan sekadar cakap dan omongan,
Kasih berputik lahir dari Tuhan.

Sejauh mana orang inginkan pasangan dari luar Negara, orang berkahwin kerana kekayaan bertahan lama???(bukan nak salahkan takdir). Mereka hanya ingin memiliki tapi mereka tak mampu nak mencintai. Tak serasi dan takde chemistry.
Duit boleh kehabisan, kecantikan akan lusuh, pangkat akan turun, title akan hilang. Akhirnya, tasbih cinta yang berbuih diungkapkan akan lenyap dan hanya perasaan benci yang meluap dalam hati. Sekarang, kita nilai balik adakah kita mencintainya atau luarannya?
Bagaimana pula dengan orang yang ada fikrah, mereka lebih suka dijodohkan dahulu baru bercinta? Bukankah itu memiliki dulu baru bercinta?
Tekstualnya betul tapi kefahaman konteks ayat salah. Orang begini bukankah mereka mencintai Allah dahulu, kemudian Allah jodohkan mereka dengan orang yang mencintaiNya. Maksudnya, mereka bercinta dulu(Cinta pada Tuhan) kemudian mereka memiliki sama dengan apa yang dicintainya.
Cinta lah kepada Tuhan kemudian kita akan kenal erti cinta sebenar bukanlah keinginan memilki yang mengkaburi pilihan jodoh kita. Ingat! Once you all dah akad nikah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ……(pandai2 lah sambung).
Keinginan disandarkan material akan musnah dan lenyap dan ada tarikh luputnya tapi tidak pada cinta pada Tuhan kerana Allah itu wujud lagi qadim. Cinta akan sentiasa dibalas, Cinta kita lebih terarah, cinta kita sentiasa hidup tanpa mati. Itulah cinta yang hakiki dan abadi, kerana kita Cinta pada Allah melebihi segalanya.
Cintailah seseorang kerana iman yang ada di dada, berpakaikan akhlak yang baik, agama yang memimpinnya kerana cinta yang berpaut padaNya bukan pada dunia yang sementara tapi syurga yang selamanya….
Cinta orang yang beriman ibarat pokok, dia mampu memayungi orang lain, kita pula mampu berpaut padanya di kala kesusahan, menghujani kita dengan buah keiamanan yang ranum, akar pokok yang menjalar umpama tautan kasih bersamanya, cengkaman akarnya yang kuat menunjukkan keutuhan cintanya pada kita, itu semua atas dasar cintanya kepada Tuhan.
“Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku, cinta orang yang mencintaiMu,
dan amal yang mendekatkan aku kepadaMu”

17-19hb Disember lalu saya dan sahabat cikgu Ismail berkesempatan mengikuti program ESQ di Pontian. Alhamdulilah program ini sangat bagus pada penglihatan, program ini bukan sama seperti program2 biasa.
1. Penyucian akidah ditekankan konsep Lailahaillallah, bahawa penciptaan alam semesta yang hebat ini di cipta oleh Allah s.w.t. Kajian sains dari semasa ke semasa membuktikan kebenaran apa yang ada di dalam Al-Quran, satu per satu. Subhanallah, hampir setiap kali ditunjukkan hasil kajian sains lidah kami tidak berhenti2 mengucapkan kebesaran Allah Maha Hebat ini. Fiman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Kami akan memperlihatkan mereka kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
(Surah Fussilat:53)
2. Sentiasa berfikiran positif dalam segala masalah. Mengikut pembacaan saya juga, satu-satu kejayaan datang hasil daripada 80% fikiran positif dan hanya 20% datang dari ilmu dan kemahiran.
Kita juga sebagai hamba Allah sepatutnya sedar Allah tak akan menzalimi hambanya, kita patut sabar dan anggap segala masalah adalah ujian dari Allah. Fikir positif dan pasti kita boleh selesaikan, InshaAllah.
3. Kami juga di ajar untuk sentiasa maju ke hadapan. Belajar dari Jepun sikap KAIZEN. Tidak salahlah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu “Dasar Pandang ke Timur”.
Belajar dari sikap Jepun yang sangat amanah, jujur, berwawasan dan sentiasa bersemanagat. Sikap ini patuhi kita amalkan oleh penjawat awam di Negara kita yang tidak amanah terhadap waktu bekerja.
4. ESQ menyentuh bagaimana kita nak jadi seorang pemimpin yang baik. Apakah ciri2 CEO yang Berjaya di dunia. Tidak sangka sama sekali 20 ciri2 itu adalah dari nama2 Allah, Allah yang Maha Agung. Nak tahu? Pergilah ESQ…hehe..
5. Setiap hari di awal pagi, sesi itu dimulai dengan taubat atas dosa2 dan minta pada Allah agar diberi hidayah pada kami. Kita juga sepatutnya begini iaitu muali hari2 dengan taubat dan agar kehidupan pada hari ini lebih baik.
Program motivasi ESQ ini bukan motivasi yang boring malah diselang seli dengan jenaka ilmiah malah membuka minda. Riak wajah motivator yang sejuk mata memandang, setiasa tersenyum, dekat pada penonton, pandai menarik perhatian menjadikan penonton sentiasa rasa seronok dan ilmu mudah masuk.
Saya katakana program seperti ini tidak rugi sama sekali. Ada duit pergilah kerana program ini ada beberapa step. Sangat bagus dan menjadikan seseorang itu bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya, hebat IQ nya tapi spiritual dan emosinya juga akan baik, InshaAllah jika mereka benar2 ingin berubah.
Tidak lupa terima kasih pada cikgu Ismail, Pergerakan Wanita UMNO Pontian dan Pak Arief(Motivator yang saya kagumi).