26 September 2010

MY CHEMICAL ROOM MATE: RE-EDITED

Sedikit sahaja saya edit komik lama ni...Selain itu, semuanya masih dikekalkan...Semua manusia boleh berubah...
Because the only permanent thing happens in universe is change. Mungkin Barrack Obama ambil slogan Change beliau dalam kata-kata ini. Tapi berubahlah ke arah kebaikan. Kita semua bersama-sama ke arah itu.



BAKAR QURAN: RESPON AHMADINEJAD

Berikutan hebah isu satu dunia pasal Al-Quran nak dibakar di gereja kecil di Florida (sempena ulang tahun 9/11), banyak pihak menyelar tindakan itu. Tapi, sebagai respon kepada tindakan tersebut, adakah membakar Bible dimasukkan dalam senarai? Orang yang waras pastinya boleh berfikir.

Dan ini petikan ucapan Ahmadinejad dalam Sidang PBB pada 24 September lepas menyentuh isu bakar Quran ini. Quran adalah kebenaran, kebenaran tidak mungkin dapat dibakar. Sebarang tindakan menjauhkan jurang antara negara, dan masyarakat adalah satu perkara yang jahat, batil lagi.

Mungkin saya boleh tunjuk dalam petikan asal ucapan beliau seperti berikut. Harap pembaca dapat berfikir dengan kritis. Dan tidak, saya tidak taksub kepada beliau.

Ladies and Gentlemen,
Very recently the world witnessed the ugly and inhumane act of burning the Holy Quran.

The Holy Quran is the Divine Book and the eternal miracle of the Prophet of lslam. It calls for worshipping the One God, justice, compassion toward people, development and progress, reflection and thinking, defending the oppressed and resisting against the oppressors; and it names with respect the previous Messengers of God, like Noah, Abraham, Isaaq, Joseph, Moses and Jesus Christ (Peace be Upon them all) and endorses them.. They burned Quran to bum all these truths and good judgments. However, the truth could not be burned. Quran is eternal because God and truth are everlasting. This act and any other act which widens the gap and distances between nations is evil. We should wisely avoid playing into the hands of Satan. On behalf o f the Iranian nation I pay respect to all Divine Books and their followers. This is the Quran and this is the Bible. I pay respect to both o f them.



08 September 2010

FILEM MALAYSIA: APA NAK JADI

Menyebut pasal industri perfileman, banyak yang keluar adalah keluhan...keluhan demi keluhan. Dari filem Anak Halal, Muallaf, Gubra, Syurga Cinta, Remp-it, Bohsia, Akhirat, dan beberapa senarai panjang lagi.... Keluhan juga yang terzahir.Mungkin aspek visualnya terpuji, dikagum, tapi setakat itu sahajalah. Yang lain, cedok daripada Hollywood,ciplak sedikit daripada Hong Kong, ikut gaya Bollywood, kemudian buat macam Indonesia. Satu yang pasti, pembikin filem jarang buat homework, atau jarang membaca. Dalam Pesta Buku Antarabangsa lepas, kelibat artis dan ahli politik macam tidak kelihatan. Agaknya mereka jarang memesrai buku, mungkin?

Nah, yang ni hal lain. Di sini Eri nak berikan pandangannya pada filem buatan Malaysia yang masih terhimpit dengan idealisma rempit yang sempit itu.Eri mungkin comel, tapi dia juga cerdik. Sudi-sudilah baca. (oleh AZizul Shaharudin)

07 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Salam Ikhwah dan Akhawat yang di bawah naungan rahmat Allah s.w.t sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang kita masih berada dalam lautan maghfirah Allah iaitu di bulan Ramadhan, bulan yang penuh cahaya keampunan dan hujan rahmat yang tak putus-putus dari Allah Azza Wajalla.

Perasan atau tidak, selain daripada maqasid puasa menjadikan kita orang bertaqwa, maqasid lain Ramadhan juga adalah bulan keampunan seperti dalam hadis Rasullah s.a.w. “…ghufiralahu ma taqaddama min zanbih” iaitu akan diampunkan dosa-dosa kita yang lalu.

Cantiknya pula, bila dosa-dosa kita diampunkan Allah s.w.t. hubungan kita dengan Allah s.w.t baik maka hubungan dengan manusia juga secara automatik akan baik..sesuai dengan tradisi orang melayu yang saling bermaaf-maafan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di Hari Raya. Ikhwah dan akhawat juga hendaklah menjaga hubungan denagan seluruh keluarga kita kerana mereka juga adalah ‘market’ dakwah kita.

Teringat akan kata-kata Prof. Dr. Yusuf  Al-Qardhawi, orang-orang yang mendokong ‘jalan ini’ seharuslah mempunyai 3 ikatan iaitu ikatan aqidah, ikatan fikrah dan ikatan perasaan yang kuat. Dalam melaksanakan amal jam’ie ketiga-tiga ikatan adalah sangat dituntut.

Ikhwah dan akhawat yang balik ke kampung halaman masing-masing diingatkan bersama agar memandu dengan hemah untuk kesahteraan diri dan ummah dan selamat kembali ke Johor nanti.

Saya mewakili kepimpinan PEMBINA Johor memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata-kata dan perbuatan yang tak disenangi. Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 22  ” Dan hendaklah saling memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu? ”. Dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.


HAIRULANUAR BIN ASHAR
SETIAUSAHA PEMBINA JOHOR
(mewakili seluruh Jawatankuasa PEMBINA Johor)