31 December 2010

Fragmen kata-kata...SEmpENA Tahun baru Masihi

oleh Azizul Shaharudin.
Ya, saya di sini...menaip beberapa kata sempena tahun baru 2011. Terlalu skeptikal dengan perjalanan masa dan keadaan hidup zaman ini akan menjerumuskan diri menjadi nihilis. Orang nihilis ini memandang hidup ini takde makna, value of nothingness. Namun obsesi dengan suasana, akan membawa kepada masalah lain pula, juga meresahkan jiwa.

Saya membelek beberapa petikan daripada beberapa buah buku, saya sertakan nama penulis dan tajuk buku (atau artikel atau kata-kata) mereka.

29 December 2010

KISAH BANK PALING DERMAWAN DI DUNIA

oleh BERNAMA


 Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.

28 December 2010

KARIER ANDA: POPULAR ATAU TIDAK

Alkisah, pada satu petang Azizul menuju Pustaka Aslam bersama kawan dia. Si kawan ini mahu novel Hilal Asyraf. Azizul pula, tiada agenda. Selain menemani kawan ini melakukan pembelian buku yang dicarinya.

Haa, Azizul pun terbelek sekejap buku NOTA JUTAWAN hasil tulisan Dr. Irfan Khairi. Buat sesiapa yang tidak tahu, atau tahu-tahu lupa, Dr. Irfan Khairi ini usahawan Internet yang dikira berjaya. Setiap halaman ada ilustrasi berwarna, dan kualiti kertasnya bagus. Azizul merasakan buku ini pun satu strategi pemasaran Dr. Irfan Khairi.

CERPEN

Ini adalah cerpen yang saya hantar semasa Pertandingan Maulidur Rasul. Pada mulanya saya buat artikel, kemudian baru mengetahui bahawanya kena hantar cerpen. Maka jadilah ia cerpen berperisa artikel. cerpen Azizul ini pernah disiar di blog surau Nur E-Man.
 
HARUN SAYANGKAN NABI MUHAMMAD
Rabiulawal, bulan kepada titik mula rahmat seluruh alam. Rahmat seluruh alam itu dijelmakan dalam rupa seorang lelaki keturunan Quraisy. Hati remaja lelaki itu berbisik perlahan. Remaja yang masih bersekolah menengah, sudah mula memikirkan personaliti yang dicop hebat sepanjang zaman.

20 December 2010

YANG INI PUN ZALIM!

15 December 2010

YES! Jualan Akhir Tahun



10 December 2010

A to F Brotherhood

Komik baru sempena Maal Hijrah...tentang memori adik kepada abangnya. Bila kita jadi adik, pasti terkenang perangai abang yang ada masanya mengalah dengan kita. Yang kadang-kadang suka tunjuk kuasa depan kita (bila ayah dan ibu tiada di rumah).

Nikmatilah komik ini seadanya.


07 December 2010

HIJRAH

Teks: Azizul Shaharudin

Assalamualaikum buat para pengunjung. Para pembaca budiman, kita sudah masuk ke fasa 1431 Hijrah. Ahlan wasahlan bulan Muharram. Ada yang sudah buat azam tahun baru? Jika mahu buat, buatlah betul-betul. Jika tidak mahu buat, ingatilah saudara kita yang kurang bernasib baik yang ada di negara kita, di Afghanistan sana, Kashmir sana, Pattani di utara Semenanjung, dan di Palestin tentunya.

Mungkin kedatangan bulan Muharram disedari dengan perasaan so-so sahaja. Tiada apa emosi bila mengetahui hari awal tahun baru. Tapi saya percaya bahawa Allah masih menyayangi kita, diberi tempoh untuk kita bertaubat. Nah, sampai tahun baru sudah.

Amalan masih macam enjin yang tersangkut-sangkut takde minyak pelincir Castrol. Atau bak enjin lama, abad 19 lagi. Kerja kita banyak lagi, dan untuk itu memang kena ada seruan untuk melajukan gerak langkah membina jati diri. Di sinilah bergema tag NEED FOR SPEED. Prestasi kita biar mencapai tahap 991 bhp, memecut 3 saat dari kelajuan 0 km/j kepada 100 km/j. Layaknya seperti Koenigsegg Agera ini, antara kereta termahal di Eropah ini (lihat gambar atas).

Tidak, bukan kerana gila kereta, saya menyebut perihal kereta ini. Ianya hanya tamsilan, atau analogi eksklusif buat pengunjung semua. Kereta yang saya minat, bukannya kereta yang saya mampu milik. Tambah pula, minyak petrol akan naik harga...lagi pada tahun hadapan.

Akan datang...

Oleh Azizul Shaharudin
Saya memikirkan abang yang baik juga mendorong seseorang untuk terus bertahan. Saya tiada abang,kerana seperti tuan punya blog ini, saya anak sulung. Tiada contoh terdekat untuk diteladani. Namun adik-adik saya, mereka sudah tentu boleh tahu apa yang kurang, dan apa yang lebihnya pada abang atau kakak mereka dan tidak mengulangi kesilapan anak yang sebelumnya. Senang cakap, lebih cerdiklah adik-adik kita ini.

Biasanya adik-adik akan lebih advanced lagi berbanding saudara yang lebih tua. Yelah, masa tingkatan satu kita baru kenal komputer, adik kita sudah boleh teroka fungsi komputer seusia sembilan tahun.

Namun saya percaya tugas abang paling kurang pun ialah mencambah keyakinan kepada adik-adik untuk terus bertahan.

Hampir terlupa tujuan saya menyiarkan ini. Tidak lama lagi atau beberapa tempoh akan datang, cerita saya akan berkisar kepada keluarga Azizi, Eri, Suhaila, dan Zafran. Yang ni akan terbit nanti; tentang adik Azizi, Farid Marzuki. Hmmm, Marzuki....bunyi macam Jepun je.

01 December 2010

OCD rakyat Malaysia:Makan?!

Food, glorious food... Kesan majmuk rakyat Malaysia yang sangat jelas adalah makanan. Sebutkan sahaja, teh tarik, roti canai, kopi putih, ayam tandori, roti nan, pasembok, mee rebus, mee bandung dan berjela lagi senarai panjang menu pilihan kita sehari-hari. Sisi positifnya: Kita masih bertuah ada rezeki, dapat lagi memilih makanan berbanding saudara kita di Palestin sana, di benua Afrika sana juga.

Yang ini saya bimbang apabila kawalan terlalu longgar atau tiada langsung kawalan pada pemakanan kita, sisi negatif ini: pass time orang Malaysia adalah makan. bahkan sampai digelar orang asing sebagai OCD (obsessive Compulsive Disorder). Idea ini baru saya dapat dari buku Bahasa Inggeris yang saya baca, hasil tulisan Lydia Teh yang bertajuk: Honk! If you're Malaysian!

Apa itu OCD? Dalam cerita drama "Monk",watak utamanya (seorang detektif) amat fanatik untuk menjaga kebersihan sehingga mencuci tangan beratus kali dalam sehari. Bahkan sehingga menyusahkan diri semasa  tempat kejadian jenayah. Ya, habit yang melampau itulah OCD. Dan tabiat makan, makan dan makan di kalangan kita memang kuat sehingga orang luar negara yang bekerja di sini pun turut terkesan dengannya. Bak kata orang putih: eat as Roman eats.

OCD (kuat makan) ini adalah satu sikap melampau-lampau yang ditegah oleh Islam. Tapi itulah, kerana nafsu rela kupujuk. Sesungguhnya binasalah orang yang melampau. Dan memang bala yang kita tempah, diabetes melitus dan obesiti adalah yang paling jelas gayanya. Dan harapan saya adalah agar murabbi kita, naqib kita, anak buah usrah kita, dan para pejuang Islam sedunia tidak melampau-lampau dalam pemakanan harian, minta jauh penyakit sebegini.

Belanja makan untuk dakwah fardiah masih lagi boleh berjalan, tapi beringatlah. Makan dengan penuh kesykuran, tiada gelojoh, tiada tamak, dan tidak pelahap tanda cinta pada Ilahi. Andai sebaliknya, tidak lain tidak bukan namanya cinta kolestrol.

Jadi, lepas ini restoran mana pula kita nak pergi?

fragmen ilustrasi dari Zizularts

Di sini, sementara Azizul Shaharudin sedang menyiapkan karyanya, dia ingin berkongsi beberapa kerja terdahulu yang telah diwarna semula dan diselitkan mesej-mesej berguna. Masih dalam membaiki diri, dari hitam putih, kepada toning (ada warna kelabu dan halftone pattern) hingga boleh buat warna penuh. apa namanya? komunikasi visual...