27 April 2012

KOmik Niaga Edisi 8

Edisi 8 Komik Niaga sudah terbit! Kali ini Edisi 8 memperkenalkan kisah jutawan animasi dan penerbit siri Upin dan Ipin. Dan disertakan tip niaga daripada Tuan Haji Burhanuddin sendiri. Apa lagi? Ya, ada komik saya yang cenonet tu...dan komik pelukis lain: Amna, Aminlandak, Artzam...dan ada tulisan Nik Wafdi, kartunis veteran.

Dan sekali lagi, edisi ini juga boleh dimuat turun dengan percuma!

23 April 2012

Melayu, PTPTN & ABPBH

Membaca sebuah akhbar tempatan semasa menaiki kapal terbang baru-baru ini, perhatian saya tertarik kepada dua laporan yang menghidangkan statistik yang pada hemat saya wajar diteliti dan diperhalusi oleh pihak-pihak berkenaan. Menginsafi realiti umat masa kini, saya tidaklah begitu terkejut dengan statistik yang dikemukakan itu, namun hakikat yang tersurat dan tersirat di sebaliknya tetap menyentuh sensitiviti serta mengundang kerisauan di benak hati saya.

17 April 2012

KOMIK SEMPOI ZIZULARTS

Saya tahu, dah lama tidak terbit komik di blog putra-alkahfi. Jadi sambil meyiapkan komik yang lebih cantik grafiknya, saya buatlah satu komik strip yang cincai ini. Mesejnya pun spontan.

15 April 2012

Bicara potensi diri? Kenapa?

Buat rakan taulan yang cakna dengan berita teknologi sosial, kalian sudah maklum dengan pembelian Instagram oleh Facebook, dan pembelian itu bukan sebarangan, hampir 2 BILION DOLAR! Betapa laman sosial mega ini melihat potensi cerah dari Instagram biar pun tidak sampai dua tahun aplikasi ini diperkenalkan. Dan aplikasi Instagram ini boleh diguna pakai dalam smartphone yang ada OS Android dan iOS, lagi cepat berkembang penggunaannya.

08 April 2012

Previously in KomikNiaga...

Zizularts ada sumbangkan komik dalam E-Zine KomikNiaga pada edisi 5, edisi 6, dan edisi 7. Sementara edisi 8 dalam proses persiapan, maka ada baiknya dikongsi informasi yang baik begini. Ada kisah usahawan berjaya, ada tip-tip niaga dan cara pemasaran. Dengan komik menjadi medium, maka e-zine ini sesuai untuk semua peringkat pembaca.

 E-zine ini percuma, hanya Internet sahaja diperlukan untuk dapatkan majalah komik ini.

06 April 2012

tweet Imam Muda yang ini...

Pada mereka yang tidak faham cebisan tweet Imam Muda Asyraf, kita buat tertib ayat dahulu.

MS_muhdsyahmi: Imam Muda Asyraf, nak tanya. Adakah 2012 ini berlakunya kiamat? Apa pandangan Asyraf? Terima kasih.

Imam Muda Asyraf: Hanya Allah yang tahu.

* Hebatnya personaliti ini, boleh jawab dua soalan dengan satu kali jawapan. Nampaknya saya kena belajar skil menjawab daripada Imam Muda. Suka sekali saya menjelaskan, meramal tarikh kiamat membawa akibat yang sangat buruk. Kerisauan dan kebimbangan adalah hasil dari mempercayai ramalan tarikh kiamat berlaku.

05 April 2012

Ustaz Don di Masjid Negeri (Pahang)?

Betul, tajuk itu tiadalah palsu fatamorgana. Di sini saya kisahkan sedikit pengalaman saya (lagi) dan beberapa nota yang saya sudah catat setelah habis ceramahnya. Apa pun, sebenarnya saya sudah rugi separuh untuk majlis ilmu bersama Ustaz Don ini. Rugi separuh macam mana itu?
sekadar gambar hiasan...

Slot dengan pengacara 30 Minit Ustaz Don ini ada dua, kuliah Subuh dan kuliah selepas Solat Sunat Dhuha. Saya terlepas bab kuliah Subuh itu. Gara-gara salah baca maklumat, pukul 7.30 pagi. Teruja punya pasal, saya sampai mengabai hakikat pukul 7.30 pagi bukan lagi kuliah Subuh. Pecut punya pecut dengan Honda EX5 lama, dengan keputusan saya akhirnya tercengang di pintu Masjid Sultan Ahmad Shah 1. Namun rezeki masih ada....

02 April 2012

BORAK Wangsa Maju (sentimen PPSMI)

Faiz: Aku rasa Sains dengan Matematik kena ajar pakai Bahasa Inggeris.Nanti bila belajar di luar negara, terus jadi blur, tak tahu perkataan apa nak guna.

Zizul: Kalau macam itu, baik baiki sahaja pengajaran dalam Bahasa Inggeris buat apa nak masukkan dalam Sains dan Matematik.

Faiz: Tak boleh doh, dalam Bahasa Inggeris dia tak ajar ayat-ayat yang dia pakai dalam Sains dan Matematik.Macam adik aku, dia dah tahu perkataan bahasa Inggeris dalam Matematik.

Zizul: ......(bila nak sampai tempat makan ni)

Pada waktu aku menumpang rumah kawan lama di Wangsa Maju,aku tidak mahu memanjangkan debat. Satu, kerana Faiz ini membelanja aku makan nanti, dan satu lagi berwacana dalam kereta amatlah tidak patut dengan tajuk sebegini besar.Dua,bila ada dua orang atau lebih turut serta dalam wacana demikian, aku berbesar hati memanjangkan bicara. 

Lagi pula, bukan semua pelajar akan ke luar negara. Balik-balik, masuk ke IPTA dan IPTS tempatan jua. Itu pun Bahasa Inggeris diutamakan, bahasa Melayu pula dipinggirkan, hampir jatuh ke longkang ia.Berapa banyak ilmu yang kita boleh dapat dalam bahasa Melayu, selagi mana pemegang PhD menerbitkan jurnal dalam bahasa asing? Aku rasa wajib sangat usaha penterjemahan digiatkan lagi. 

KEMBARA MIKRO ke Johor: Bahagian pertama...

10 Mac 2012

1. Setelah memastikan semuanya siap sedia,saya menunggu sahaja abang ipar saya turun untuk menghantar saya ke sana. Sana mana? Sana Batu Pahat.

2. Pukul 2 petang saya menaiki bas Transnasional. Duduk bersebelaan saya ialah seorang lelaki umur pertengahan, hampir sebaya dengan ayah zizularts. Orangnya ramah, petanda banyak hikmah dek panjangnya pengalaman hidup beliau. Saya sudah lupa namanya.

3. Sepanjang bicara dalam bas, pak cik di sebelah saya asyik benar berbicara tentang sarang burung walit dan pelaburan emas. Sepanjang perjalanan sudah berapa banyak ditunjuknya pokok itu, pokok ini, rumah sekian dan rumah sekian-sekian ada sarang burung walit.

4. Borak kami terencat sedikit dengan kelemahan saya. Kelemahan apabila sudah naik kenderaan darat terutamanya bas. Saya rasa mual, perut rasa sebu, tidak sedap badan sahaja. Saya memang mengharapkan pemandu bas cepat sampai di Segamat nanti.

5. Alhamdulillah, hampir pukul 6 petang,Segamat kelihatan sudah. Saya pun cepat-cepat membeli makanan di perhentian bas,mahu isi perut agar rasa mahu muntah itu hilang, agar sirna rasa sebu dalam perut.

6. Selepas menaiki bas, tiba-tiba pemnadu bas buat pengumuman yang kurang cerdik.
"Sesiapa yang bawa makanan dalam bas, sila keluar terus dari bas ini." Perjalanan lebih daripada empat jam dengan tiada makanan untuk mengisi perut. Ingat kami ini jinkah, makan asap semata?

7. Namun dengan akal rasional yang saya ada (wah, berlagaknya) dan akal hikmah yang dimiliki pak cik sebelah saya, kami menyimpulkan pemandu bas itu membawa mesej yang salah. Jika dia membawa mesej betul," Jangan tinggalkan sisa makanan dalam bas" saya rasa itu boleh diterima. Tak boleh makan? Bukankag makan untuk hidup?

8. Hampir pukul 9 malam. Saya sampai di Batu Pahat, dan mengucapkan selamat jalan kepada pak cik yang baik hati itu, tapi jangan haraplah dia dapat rekrut saya dalam Public Gold, syarikat pelaburan emas (Saya ada cakap tentang buah bicara kami tadi, bukan?)

9. Sementara menunggu putra-alkahfi datang menjemput, saya makan lagi untuk kemandirian hidup. Begitulah hakikat hidup, saya makan dan saya menunggu. Akhirnya sampai juga putra-alkafi bersama ayahandanya. Selepas ini saya wajib berkelakuan suci, agar Melayu itu kenalnya pada luhur budi.